Monday, December 21, 2009

Malaysia berpotensi jadi pusat pengajian bahasa Arab sedunia - Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, yakin dengan potensi negara untuk menjadi pusat pengembangan bahasa Arab walaupun bahasa itu tidak digunakan oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa perantara utama.

"Walaupun kita tidak bercakap bahasa Arab, tetapi dari segi metodologinya, orang kita ramai yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ini," katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Bahasa dan Sastera Arab 2009 di sini, hari ini.

Beliau berkata, senario itu berlaku kerana sistem pendidikan pengajian Islam di negara ini adalah berbeza berbanding dengan sistem pendidikan agama di negara-negara Islam yang lain di seluruh negara.

"Keunikan pengajian Islam di Malaysia, di mana negara kita mempunyai dua pengkhususan iaitu subjek yang khusus memfokuskan kepada pengajian agama itu sendiri begitu juga dengan subjek pengajian agama yang berbentuk akademik," katanya.

Dengan itu, beliau berkata, sistem berkenaan membolehkan pelajar yang datang menuntut di negara ini mempunyai ruang dan peluang untuk lebih mendalami pengajian Islam bukan sekadar pengkhususan bidang agama tetapi dari sudut bahasa juga.

"Kini di Universiti Islam Malaysia (UIA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) cuba memperkenalkan iaitu dua pengkhususan (double major) dalam bidang agama. Ini adalah satu perkembangan yang baik yang mana sistem ini tidak banyak di negara-negara Arab dan negara Islam yang lain," katanya.

Beliau berkata, potensi untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia menjadi pakar bahasa Arab pada masa akan datang pasti menjadi lebih luas kerana kerajaan sudah menyediakan asas pendidikan Islam yang kukuh di dalam program pengajian Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF).

Program j-Qaf diperkenalkan di peringkat sekolah rendah pada tahun 2005 dan ia sedang dikaji untuk diperluaskan ke peringkat sekolah menengah pula.

Katanya, dengan memperkenalkan program itu, jelas kerajaan memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap kepentingan bahasa Arab kerana ia adalah usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. - Bernama

Malaysia boleh jadi pusat pengajian bahasa Arab sedunia

KUALA LUMPUR 21 Dis. — Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin yakin dengan potensi negara untuk menjadi pusat pengembangan bahasa Arab walaupun bahasa itu tidak digunakan oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa perantara utama.

"Walaupun kita tidak bercakap bahasa Arab, tetapi dari segi metodologinya, orang kita ramai yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Bahasa dan Sastera Arab 2009 di sini hari ini. - Bernama, 21/12/2009 5:29pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Sunday, December 6, 2009

Thursday, October 29, 2009

Holy Makkah

Monday, August 24, 2009

Thursday, August 20, 2009

AL-MAWRID : ARABIC - ENGLISH DICTIONARY



Authoritative and probably the most popular Arabic bilingual dictionary. An indispensable tool for students, researchers and translators. Unlike conventional Arabic dictionaries, this is arranged alphabetically for ease of use by those not knowing the root letters.

Downloaded version.

Wednesday, August 19, 2009

Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Melayu


Quran in Malay
Original Source- Sakhr International
Copied with permission from Global Islamic Software Co.

Saturday, June 20, 2009

Learn Arabic Online




Start learning Arabic in most interactive and engaging online Arabic Language program in this website. Very interesting to learn Arabic alphabets,courses in modern standard Arabic and colloquial Arabic, Hajj Rituals, learn ho to perform prayer in graphics, animations and sounds, etc.

Sunday, May 24, 2009

Sunday, May 3, 2009

Wednesday, April 22, 2009

Verbs in Arabic

Learn PHP Arabic

Weekdays

Arabic Colours

Sunday, April 12, 2009

Bahas Bahasa Arab

Doa Harian

Monday, April 6, 2009

Saturday, April 4, 2009

Saturday, March 28, 2009

Palestine Tour 2

Check out this SlideShare Presentation:

Friday, March 27, 2009

G1: Pencapaian Perisian Komputer P&P Islam

Check out this SlideShare Presentation:

Thursday, March 12, 2009

Mecca - Medina

Check out this SlideShare Presentation:

Burj Al Arab

Check out this SlideShare Presentation:

Arabic Class

Tuesday, March 10, 2009

Arabic Cartoon

Arabic Pronoun 1

Blogs in Arabic

Check out this SlideShare Presentation:

Imam Shafei

Check out this SlideShare Presentation:

Monday, March 9, 2009

Arabic Grammar

Check out this SlideShare Presentation: